Thursday, September 30, 2010

Bila menyamar Melayu dah mula putar alam

40 pulangkan wang didakwa hasil judi

2010/09/30

SEBAHAGIAN  daripada 40 penerima bantuan kerajaan Pulau Pinang memulangkan RM100 yang diberikan   kerana kesal dana sumbangan itu dikatakan diperoleh daripada sumber judi pada  satu majlis khas di Pusat Khidmat ADUN  Penaga,  Kepala Batas,  semalam.
SEBAHAGIAN daripada 40 penerima bantuan kerajaan Pulau Pinang memulangkan RM100 yang diberikan kerana kesal dana sumbangan itu dikatakan diperoleh daripada sumber judi pada satu majlis khas di Pusat Khidmat ADUN Penaga, Kepala Batas, semalam.

KEPALA BATAS: Akibat marah, kecewa dan rasa tertipu, seramai 40 warga emas dan golongan miskin tegar di negeri ini, mengembalikan wang RM100 yang mereka terima daripada kerajaan negeri baru-baru ini, yang dikatakan diperoleh daripada sumber judi.

Penduduk dari Parlimen Kepala Batas itu memulangkan wang berkenaan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Datuk Azhar Ibrahim, dalam satu majlis khas di Pusat Khidmat ADUN berkenaan di sini, semalam. Hadir sama, Ketua Penerangan UMNO Pulau Pinang, Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Mereka kesal terhadap tindakan kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, yang menggunakan sebahagian daripada dana diterima daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang yang mengendalikan pertaruhan lumba kuda untuk diagihkan kepada rakyat.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, mendedahkan kerajaan Pulau Pinang menerima sumbangan RM500,000 daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang yang mengendalikan pertaruhan perlumbaan kuda di negeri ini.

Perkara itu diperkuatkan lagi dengan bukti melalui surat rasmi Pejabat Ketua Menteri mengenai penerimaan sumbangan itu yang ditandatangani Setiausaha Sulit Guan Eng, Farida Hani M Yaacob bertarikh 9 Julai 2010.

Kerajaan negeri sebelum ini pernah menafikan pihaknya menggunakan wang daripada sumber judi untuk melaksanakan programnya, tetapi selepas pendedahan oleh Reezal Merican, Guan Eng mengakui bahawa kerajaan negeri ada menggunakan sumbangan daripada Kelab Lumba Kuda untuk menjalankan program membasmi miskin tegar.

Sementara itu, Azhar berkata, pihaknya mengambil inisiatif mengumpulkan wang berkenaan bagi diserahkan kepada kerajaan negeri selepas menerima banyak maklum balas daripada orang ramai yang menyatakan hasrat untuk berbuat demikian kerana tidak mahu menggunakan wang daripada hasil judi.

Selepas ini program mengumpul duit sumbangan kerajaan negeri akan diadakan di seluruh negeri sebelum diserahkan kepada Pemuda UMNO untuk dikembalikan kepada kerajaan negeri, katanya yang juga Setiausaha UMNO Pulau Pinang.

Pen Dakwat cair:
Woit nak tanya.. sejak bila yang geng keris pandai hala haram...
dia yang tambahkan yang haram ada la...
abih duk bayar gaji kakintangan pakai duit apa..
bukan pakai duit cukai rokok, judi , arak... Kah! kah! Kah!
Malaun ni sapa? dia mengaji xhabis ka?
tiba baik semacam tapi kantoi...
ni baca dari URL aku attached
http://www.zaharuddin.net/content/view/963/72/
Nanti senang nak terang kat orang kampung..
Jangan duk tipu Melayu ja...
Ini orang ada ka................
Rajin plak dia pi kutip duit nasib baik dapat tipu 40 orang ja,
Nape x report MAIP ka, atau kumpul ramai2 kt wisma negeri bagi duit,
Ni dia dia plak.. x malu ka......

No comments:

Post a Comment