Thursday, September 30, 2010

Bila menyamar Melayu dah mula putar alam

40 pulangkan wang didakwa hasil judi

2010/09/30

SEBAHAGIAN  daripada 40 penerima bantuan kerajaan Pulau Pinang memulangkan RM100 yang diberikan   kerana kesal dana sumbangan itu dikatakan diperoleh daripada sumber judi pada  satu majlis khas di Pusat Khidmat ADUN  Penaga,  Kepala Batas,  semalam.
SEBAHAGIAN daripada 40 penerima bantuan kerajaan Pulau Pinang memulangkan RM100 yang diberikan kerana kesal dana sumbangan itu dikatakan diperoleh daripada sumber judi pada satu majlis khas di Pusat Khidmat ADUN Penaga, Kepala Batas, semalam.

KEPALA BATAS: Akibat marah, kecewa dan rasa tertipu, seramai 40 warga emas dan golongan miskin tegar di negeri ini, mengembalikan wang RM100 yang mereka terima daripada kerajaan negeri baru-baru ini, yang dikatakan diperoleh daripada sumber judi.

Penduduk dari Parlimen Kepala Batas itu memulangkan wang berkenaan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Datuk Azhar Ibrahim, dalam satu majlis khas di Pusat Khidmat ADUN berkenaan di sini, semalam. Hadir sama, Ketua Penerangan UMNO Pulau Pinang, Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Mereka kesal terhadap tindakan kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, yang menggunakan sebahagian daripada dana diterima daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang yang mengendalikan pertaruhan lumba kuda untuk diagihkan kepada rakyat.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, mendedahkan kerajaan Pulau Pinang menerima sumbangan RM500,000 daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang yang mengendalikan pertaruhan perlumbaan kuda di negeri ini.

Perkara itu diperkuatkan lagi dengan bukti melalui surat rasmi Pejabat Ketua Menteri mengenai penerimaan sumbangan itu yang ditandatangani Setiausaha Sulit Guan Eng, Farida Hani M Yaacob bertarikh 9 Julai 2010.

Kerajaan negeri sebelum ini pernah menafikan pihaknya menggunakan wang daripada sumber judi untuk melaksanakan programnya, tetapi selepas pendedahan oleh Reezal Merican, Guan Eng mengakui bahawa kerajaan negeri ada menggunakan sumbangan daripada Kelab Lumba Kuda untuk menjalankan program membasmi miskin tegar.

Sementara itu, Azhar berkata, pihaknya mengambil inisiatif mengumpulkan wang berkenaan bagi diserahkan kepada kerajaan negeri selepas menerima banyak maklum balas daripada orang ramai yang menyatakan hasrat untuk berbuat demikian kerana tidak mahu menggunakan wang daripada hasil judi.

Selepas ini program mengumpul duit sumbangan kerajaan negeri akan diadakan di seluruh negeri sebelum diserahkan kepada Pemuda UMNO untuk dikembalikan kepada kerajaan negeri, katanya yang juga Setiausaha UMNO Pulau Pinang.

Pen Dakwat cair:
Woit nak tanya.. sejak bila yang geng keris pandai hala haram...
dia yang tambahkan yang haram ada la...
abih duk bayar gaji kakintangan pakai duit apa..
bukan pakai duit cukai rokok, judi , arak... Kah! kah! Kah!
Malaun ni sapa? dia mengaji xhabis ka?
tiba baik semacam tapi kantoi...
ni baca dari URL aku attached
http://www.zaharuddin.net/content/view/963/72/
Nanti senang nak terang kat orang kampung..
Jangan duk tipu Melayu ja...
Ini orang ada ka................
Rajin plak dia pi kutip duit nasib baik dapat tipu 40 orang ja,
Nape x report MAIP ka, atau kumpul ramai2 kt wisma negeri bagi duit,
Ni dia dia plak.. x malu ka......

Bila Orang Tua Hidung Besar Bercakap

Berita Hairan :PKR amal nepotisme pilih pemimpin


2010/09/30

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pemilihan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) menunjukkan parti itu mengamalkan nepotisme bagi menentukan pucuk pimpinannya.

Katanya, ini terbukti apabila Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang juga anak kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding jawatan naib presiden dalam pemilihan November ini.

Ketika menjadi Perdana Menteri, saya pernah dituduh Anwar sebagai pemimpin mengamalkan kronisme dan nepotisme dalam parti serta pentadbiran.

Kini, kita nampak parti lawan mengutamakan keluarga. Kalau tidak dalam parti, dalam kerajaan mereka beri layanan istimewa kepada keluarga.

Saya memang dituduh dulu mengamalkan dasar nepotisme tapi saya tidak pernah beritahu kepada orang ramai yang saya tidak benarkan anak saya berpolitik.

Kalau (anak) ada perniagaan, tidak boleh ada kaitan dengan kerajaan. Mereka apabila pergi ke luar negeri untuk belajar bukan guna biasiswa kerajaan, katanya.


Pen dakwat cair:
Kah... Kah... Kah...
Dah tua x reti duk diam ke....
Kah... Kah.. memang pi belajar.. tapi pakai duit sapa?
Agak kalau anak PPRT ada peluang nak pi belajar macam Marina?
Tapi bagus la x pegi.. karang susah buat kenduri semua kena panggil ketua agama semayang.. Kah.. kah..kah
Tengok la bagi anak jaga MISC, bangkrup, jual kat GLC rege tinggi.. Kah! Kah! Kah!
Tu berkat belaja' pakai duit tut la tu.. ni ada sorang lagi siap jadi presiden Sepang Circuit lagi.. Kah!Kah!
GLC gak taja.. sian la betul GLC ni ye dia gak penasihat... tau duk gomol je duit tu..
Dalam Malaysia kalau tak betul tumbangkan bukan biarkan dah tak betul baru
Kalau semua tak betul apa lagi PAS ada, dari dulu lagi xde wat bende pelik...
masuk aja pastu duk diam....